skip to main |
skip to sidebar
Seiring dengan arus teknologi yang semakin berkembang kini, bahan bacaan yang bersumberkan bahan bercetak kurang mendapat sambutan.
Namun begitu, bahan bercetak masih releven untuk diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan bahan bercetak, sesuatu fakta dapat dibuktikan kesahihannya.
ok. jom teruskan membaca entri ini untuk mengetahui bagaimana bagi memilih sesuatu bahan bacaan yang bersesuaian untuk dijadikan panduan.
lihat buku yang banyak-banyak diatas?? mesti anda dah keliru untuk membuat pemilihan kan? ok jom kami
tunjukkan bagaimana untuk membuat pemilihan buku
yang tepat....
Buku bergambar
- gambar dan ilustrasi menjadi media utama bagi menyampaikan konsep atau cerita manakala teks bertindak sebagai sokongan kepada gambar
- sesuai untuk golongan kanak-kanak peringkat awal dalam proses pembacaan
- maklumat jelas
- bahasa mudah difahami
- gaya persembahan jelas dan teratur
- menarik
Buku fiksyen
- novel, cerpen, dongeng, cerita rakyat
- bahasa yang betul dan sesuai dengan tahap pemahaman
- gaya penyampaian yang menarik untuk menghidupkan jalan cerita atau watak
Bukan buku fiksyen
- buku pengetahuan yang khusus seperti bidang sejarah, agama, falsafah, sains kemasyarakatan, bahasa dan sains tulen
- atlas, kamus, buku panduan, buku tahunan, istilah
- tepat, logik, kemas kini dan bersesuaian
- penerbitan adalah penting
- pengarang yang berwibawa, berkelayakan akademik,iktisas atau pengalaman dalam bidang berkenaan
- bahasa yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar
- gaya persembahan menarik
- graf, carta, jadual dan gambar
Buku rujukan
- sama seperti pemilihan buku fiksyen
- isi dan skop bahan bacaan sesuai dan berkaitan dengan kemampuan kumpulan sasaran
- maklumat yang diberikan mestilah tepat, kemas kini serta dapat menambah dan memperkayakan pengetahuan dan pengalaman membaca
- bahasa yang digunakan hendaklah betul dan sesuai
- kewibawaan pengarang, lembaga editor dan penerbit perlu bagi memastikan mutu bahan secara kesuluruhan.
- ilustrasi seperti gambar, rajah, graf dan lain-lain lagi hendaklah menarik, terang, realistik dan sesuai.
Bahan bukan cetak
- Terdiri daripada perkakasan, perisian, bahan dua dimensi, bahan tiga dimensi dan bahan pelbagai media
- contoh: alat tayangan, alat audio,alat pandang dengar, alat bukan tayangan
0 comments:
Post a Comment