Container Icon

MASALAH DALAM MEMBACA


Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:


membuang/meninggalkan (omission)
• Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan  
  ditinggalkan ketika membaca, misalnya 
  "buah" disebut "uah", "kering" disebut 
  "kerin". Perkataan dalam ayat juga kerap 
   ditinggalkan semasa membaca, seperti;
•"Buku itu sangat tebal" dibaca sebagai "Buku itu tebal"


Ulangan (repetition)
• Mengulang-ulang perkataan atau suku kata 
  semasa membaca dan perbuatan 
  mengulang ini bukan disebabkan oleh 
  masalah gagap

Gantian (substitute)
• Menggantikan huruf atau perkataan dalam 
  ayat yang dibaca, misalnya "ladang" disebut 
  "lalang" Manakala terdapat perkataan yang 
  digantikan dengan perkataan lain sehingga 
  boleh mengubah maksud ayat.

Tambahan (insertion)
• Bunyi huruf atau perkataan ditambah 
  semasa membaca, misalnya"buah" disebut 
  "buwah". Manakala penambahan perkataan 
  berlaku seperti berikut;
• "Saya suka makan rojak." dibaca sebagai  
  "Saya sangat suka makan rojak.

 Pembalikan (reversals)
• Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara 
   terbalik atau songsang.Contoh ;
• "Bala" disebut "laba", manakala pembalikan 
   perkataan dalam ayat berlaku apabila 
   perkataan diubah kedudukannya, contoh: 
  "Dia makan nasi" dibaca sebagai "Dia nasi 
   makan", dan begitu juga dengan  
   pembalikan frasa

Tidak kenal huruf
• Masalah tidak kenal huruf merupakan 
  punca utama kebanyakan kanak- kanak 
  gagal membaca dengan baik. Keadaan ini    
  menyebabkan kanak- kanak akan menyebut 
  sesuatu huruf sesuka hati atau dengan 
  meneka sahaja dan menjadikan perkataan 
  itu tidak bermakna atau berlainan makna.

Salah sebutan
• Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak  
   tidak mengenal huruf atau tidak tahu 
   membunyikan sesuatu huruf sehingga 
   sesuatu perkataan tidak bermakna lagi 
   dalam konteks ayat berkenaan.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment