Container Icon

DEFINISI MEMBACA




Menurut Kamus Dewan edisi Keempat

‘baca’ dapat ditakrifkan sebagai memerhati isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.


Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam 
                  (1985:137)

membaca sebagai menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglibatan yang diskriminatif, kemahiran mendengar, mengingat, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas,menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh
huruf-huruf,menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya.



zulkifley hamid (1994:57)

kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh seseorang pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses seperti mengenali dan membezakan fonem-fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf untuk diterjemahkan dan difahami apa yang dibaca.


Pumfrey (1977)

membaca bukanlah hanyalah bersifat mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca mempunyai fungsi yang lebih jauh daripada itu.


Harris dan Sipay (1980)

keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.


Goodman (1973)

‘baca’ dapat ditakrifkan sebagai memerhati isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.



Smith dan Johnson (1980)

membaca  berteraskan keinginan untuk mewujudkan interaksi antara penyampai idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.


Kamarudin Haji Husin (1988)

murid-murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara,walau bagaimana lancar sekalipun,jika tidak memahami apayang disuarakan maka murid-murid itu tidaklah boleh dianggap sebagai pandai membaca.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment