Container Icon

BELAJAR MEMBACA





Kemahiran asas dalam membaca













Kumpulan Besar atau Keseluruhan Kelas
  • Sesuai diadakan pada bila-bila masa waktu P&P
  • Pengajaran secara kelas adalah lebih berkesan kepada guru dan pelajar
  • Pengajaran berkumpulan sesuai untuk pengajaran teknik bercerita, membuat aktiviti seni yang dikaitkan dengan bercerita dan mengajar pelbagai kemahiran belajar seperti  membaca peta, graf, gambar rajah dan carta

 Kumpulan Kecil
  • Kajian oleh National Reading Research Center- pelajar pada tahap sederhana di sekolah tinggi lebih menyukai kumpulan kecil dilaksanakan di dalam kelas
  • Kelebihan bagi kaedah ini kerana dapat menambah peluang mendapatkan maklum balas
  • Menggalakakn motivasi kerana mereka meletakkan pelajaran dalam latar sosial yang sesuai
Kumpulan Berpasangan
  • Benton, Belk dan Holofied (1994)- pelajar yang berprestasi tinggi dipasangkan dengan pelajar berprestasi rendah bagi semua aktiviti membaca
  • Kajian menunjukkan pembacaan secara berpasangan dapat memotivasikan pelajar
  • Leal (1993) menyatakan-pelajar bertanggungjawab semasa perbincangan, berkongsi   pengalaman dan latar belakang dengan pelajar lain
  • Pelajar juga dapat bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan mengenai topik yang dibincangkan

Kumpulan Berkemahiran
  • Dibentuk berdasarkan kemahiran tertentu yang perlu dikuasai
  • Melalui kemahiran membaca pelajar perlu menguasai kemahiran tertentu seperti membaca bagi mendapatkan maklumat
Kumpulan Minat
  • Kumpulan minat dibentuk berdasarkan minat yang sama
  • Kerjasama dalam kalangan ahli dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan kendiri
Kumpulan Penyelidikan
  • Kumpulan ini dibentuk bagi menjalankan penyelidikan tertentu dalam kumpulan minat yang sama
  • Kumpulan penyelidikan-pelajar mengumpul, mengorganisasi dan membuat sintaksis maklumat daripada pelbagai sumber
  • Contoh: laporan lisan, laporan bertulis, aktiviti keseniaan, lakonan
Kumpulan Koperatif
  • Kumpulan ini mempunyai potensi meningkatkan pencapaian akademik
  • Pelajar berpeluang menyatakan perkara yang dipelajari, mengaplikasi dan menguatkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, membincangkan pro dan kontranya sesuatu idea, menerima bimbingan dan pembelajaran objektif pelajaran
  • Johnson dan Johson (1996), mendapati kerjasama antara pelajar menjana kesan positif ke atas pemikiran kritis
Kumpulan Kebolehan
  • Merujuk kepada pencapaian semasa berbanding pencapaian potensi
  • Kebolehan digunakan bagi memberangsangkan kemampuan intelektual



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment