Container Icon

HIBURAN DALAM PENDIDIKAN



Jom tengok video Upin dan Ipin yang comel ni..^_^...Mereka juga tahu betapa seronok membaca ! !










Kredit to: Les Copaque

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RANCANGAN INSTRUKSIONAL

Berikut ialah Rancangan Instrusional (RI) yang dijadikan panduan kepada para pelajar yang mengambil kursus Keterampilan Membaca di UPSI.




UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL


FAKULTI              :  FAKULTI BAHASA
JABATAN             :  JABATAN BAHASA MELAYU
SEMESTER           :   2
SESI                     :   2013/2014
NAMA KURSUS    :   KETERAMPILAN MEMBACA
KOD KURSUS       :   BMK 3033
JAM KREDIT        :   3

SINOPSIS KURSUS            :
Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan proses membaca. Fokus diberikan kepada proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberikan penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah.

(This course provides an understanding of the definition, concepts, types, principles, strategies and reading processes. Emphasis will be given towards the process of reading and its application in acquiring information. It will further stress upon strategies in teaching reading in school classrooms).

HASIL PEMBELAJARAN   :
1.    Mengaplikasi prinsip dan teknik membaca berkesan bagi menguasai pelbagai bidang ilmu; C4, P4, CS2, LS2, TS3
2.    Meningkatkan keupayaan mendapatkan ilmu melalui keterampilan membaca; LL2, CS2,
3.    Menjustifikasi kepentingan menggunakan teknik pembacaan yang berkesan; C6, CTPS3, CS3, TS3, EM2

RUJUKAN UTAMA              :
Dahlia Janan. (2005) Pemilihan Bahan Bacaan Bahasa Melayu. Prosiding Persidangan    Serantau Pendidikan Bahasa Melayu. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. USM

Mahzan Arshad (2003) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Mahzan Arshad (2008) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Harrison, C. (2004). Understanding reading development. London: Sage Publication Ltd.
Scientific Learning Corporation (SCL) (2000). Fast forward reading: Why it works. Oaukland, CA: Author.
Sousa, D. A. (2005). How the brain learns to read. California: Corwin Press.
Tierney, R.J. & Readance, J.E. Reading strategies and practices.


RUJUKAN TAMBAHAN     :
Barchers, S.I. (1998). Teaching reading: From process to practice. Belmont,CA. : Wadsworth Publishing Company.
Catts, H.W.  & Kamhi, A.G. (2005). Language and reading disabilities (2nd. Edition).  Boston, M.A.: Allyn and Bacon.
Ruddell, R.B. & Unrau, N.J. (Ed.) (2004). Theoretical models and processes of reading (5th. Edition). Newark, DE : Reading Association.

.
KAEDAH PENGAJARAN   :
1.            Kuliah
2.            Tutorial (Perbincangan dan pembentangan)

3.            Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning)

KAEDAH PENERAPAN KI :
AKTIVITI / KI
KOM
KBPM
PBPM
PSK
PIM
ETIK
KU
Menulis Esei



Ujian





Persembahan



Petunjuk :
KOM – Kemahiran Berkomunikasi
KBPM – Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
PBPM – Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
PSK – Kemahiran Kerja Berpasukan
PIM – Kemahiran Kepimpinan
ETIK – Etika Profesional
KU – Kemahiran Keusahawanan

PENILAIAN PRESTASI PELAJAR:
Contoh:
Tugasan 1-Kerja kursus (Berpasangan)                 20%               
Tugasan 2 -Kerja kursus & Pembentangan (Kumpulan)   30%
Kuiz                                                                   10%    
Peperiksaan akhir                                                40%
Jumlah                                                             100%

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGHARGAAN


Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak  yang terlibat khususnya Pensyarah kami iaitu Dr. Makmur. Beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Kami juga berterima kasih kepada Dr. Makmur kerana memberikan kerja kursus yang agak berbeza berbanding kursus yang lain. Dengan tugasan yang diberikan ini memberi peluang kepada kami untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Walaupun dalam kalangan kami ada yang tidak begitu mahir menggunakan blogspot ini tetapi dengan adanya tugasan ini kami dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan blog pendidikan kami ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan kami (Syamsuria, Syarafina dan Taufik) kerana dapat berkerjasama dengan baik dan menyumbangkan idea untuk menyiapkan tugasan mendirikan blog Keterampilan Membaca.

Akhir kata, kami berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan rakan-rakan sekalian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA


Pendekatan Asas Membaca  
  • Menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang sudah diajar sebelumnya.  
  • Penambahan maklumat kepada perkara yang dapat membantu terhadap penguasaan kemahiran membaca  
  •  Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenal dalam gaya yang sistematik
       Kaedah Pengajaran Membaca Asas  
      • Perlu dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca  
      • Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu
       Pendekatan Teknologikal  
      • Tujuan utama pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan  
      • Menekankan perkara yang dirasai oleh pancaindera
      • pendekatan ini dilabel sebagai:
                     Sistem membaca berdasarkan objektif
                    Program berdasarkan kriteria
                    Membaca berdasarkan kecekapan
                     Sistem pengurusan kemahiran
                     Membaca perspektif diagnostik

           Bahan dan kandungan
          4 komponen objektif tingkah laku, ujian kriteria bagi setiap   objektif, strategi pengajaran, sistem penyimpanan rekod

          Pendekatan Pengalaman Bahasa  
          • Pendekatan ini digunakan kepada pelajar yang mempunyai perbezaan linguistik  
          • Lewis (1990), kelebihan pendekatan ini-mencerminkan penguasaan sintaksis, penggunaan kata dengan menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar, menggabungkan penulisan dalam mencipta cerita daripada pengalaman individu mahupun kumpulan
          Pendekatan Membaca Individu  
          • Penekanan diberikan kepada:  
          • Tahap yang berbeza dalam pembacaan setiap individu   
          • Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan.  
          • Guru membantu cara memilih buku dengan cara pengiringan dan muka surat contoh serta menerangkan kesukaran dalam membacanya
          Pendekatan Bahasa Bersepadu (berdasarkan Falsafah Bahasa Menyeluruh)  
          • Ciri utama pendekatan ini penggunaan teori utama yang menekankan pemerolehan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistik pelajar  
          • selain itu, ciri utama lain ialah pelajar membaca dengan tujuan mendapatkan maklumat serta cara menggunakan maklumat tersebut   
          • Pengajaran bahasa secara bersepadu adalah bagi membina dan meningkatkan pengetahuan asas pelajar   
          • Pelajar berkongsi pengalaman dengan rakannya dan mengaitkan kebolehan membaca dengan pencapaian lisan ataupun tulisan  
          • Oleh itu, secara tidak langsung pelajar dapat memperkembangkan penguasaan bahasanya secara semula jadi Guru perlu mewujudkan aktiviti kelas yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain   
          • Frepon (1995) pengajaran berasaskan bahasa menyeluruh menggalakkan penghasilan cerita daripada pelajar.  
          • Cerita yang dibina membantu pelajar memperkambangkan konsep kendiri pelajar denga membina karya yang dihasilkan oleh mereka 
            Pendekatan Membaca berasaskan bahan kesusasteraan  
            • Bahan kesusasteraan banyak membantu pelajar dalam membaca  
            • Pembacaan pada peringkat awal banyak menekankan bahan-bahan kesusasteraan seperti puisi, pantun, sajak  
            • Bahan sastera  yang digunakan pada peringkat awal membaca mendorong pelajar memahami dengan lebih meluas aspek bahasa yang terkandung seperti dalam struktur ayat atau perbendaharaan kata  
            • Bahan puisi banyak mendorong pelajar terus membaca melalui keindahan bahasa yang digunakan
            Pendekatan Pembacaan Lisan
            • Guru membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat 
            • Mereka berbincang berkenaan cerita dan membacanya sekali lagi
            • Melalui pendekatan ini, guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan
            Pendekatan Pembacaan Asas
            Beberapa perlu diberikan perhatian apabila guru menggunakan pendekatan ini
             Memperkembangkan konsep latar belakang membaca dan 
                      perbendaharaan  kata sebelum membaca
              Mahir mengemukakan soalan semasa membaca senyap bagi 
                       mengenal  pasti dan menghapuskan kekeliruan serta bagi 
                       meningkatkan pemahaman pelajar
              Penegasan lebih khusus ke atas kemahiran mendengar bahasa 
                        berbanding membaca secara lisan

            Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal
            • Terdapat beberapa pendekatan mengajar membaca peringkat asas:
              Pendekatan Binaan (Sintetik)
             Kaedah abjad: Murid-murid perlu dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada 'a' hingga 'z'.Murid mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan
             Kaedah suku kata: Lanjutan daripada kaedah abjab. Penekanan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan konsonan
             Kaedah fonik: Lebih menekankan kepada mengetahui bunyi-bunyi huruf 
              Pendekatan Cerakinan (analitik)

                    Kaedah perkataan: Perkataan diperkenalkan  menggunakan kad perkataan atau kad imbasan
              Kaedah ayat dan cerita: Menekankan ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Lebih tumpu kepada bahan berbentuk cerita.
              
            Pendekatan PEBAS (Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum)
              Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
              • Guru memperkenalkan huruf vokal 'a', 'i' ataupun 'u' dan latihan membunyikan.
              • Perkenalkan huruf konsonan dan bunyikan dengan jelas
              • Gabungkan huruf konsonan dan vokal
              • Bina frasa dan ayat
            Pendekatan Abjad- suku kata
              • Murid mengenali huruf dan hubungannya dengan bunyi
              • Huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata
              • Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal supaya menjadi suku kata

            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS

            PEMILIHAN BAHAN BACAAN


            Seiring dengan arus teknologi yang semakin berkembang kini, bahan bacaan yang bersumberkan bahan bercetak kurang mendapat sambutan. 
            Namun begitu, bahan bercetak masih releven untuk diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan bahan bercetak, sesuatu fakta dapat dibuktikan kesahihannya.
             ok. jom teruskan membaca entri ini untuk mengetahui bagaimana bagi memilih sesuatu bahan bacaan yang bersesuaian untuk dijadikan panduan.

            lihat buku yang banyak-banyak diatas?? mesti anda dah           keliru untuk membuat pemilihan kan? ok jom kami 
                      tunjukkan bagaimana untuk membuat pemilihan buku 
                      yang  tepat....


            Buku bergambar
              • gambar dan ilustrasi menjadi media utama bagi menyampaikan konsep atau cerita manakala teks bertindak sebagai sokongan kepada gambar
              • sesuai untuk golongan kanak-kanak peringkat awal dalam proses pembacaan
              • maklumat jelas
              • bahasa mudah difahami
              • gaya persembahan jelas dan teratur
              • menarik
             Buku fiksyen
              • novel, cerpen, dongeng, cerita rakyat
              • bahasa yang betul dan sesuai dengan tahap pemahaman
              • gaya penyampaian yang menarik untuk menghidupkan jalan cerita atau watak


             Bukan buku fiksyen

              • buku pengetahuan yang khusus seperti bidang sejarah, agama, falsafah, sains kemasyarakatan, bahasa dan sains tulen
              • atlas, kamus, buku panduan, buku tahunan, istilah
              • tepat, logik, kemas kini dan bersesuaian 
              • penerbitan adalah penting
              • pengarang yang berwibawa, berkelayakan akademik,iktisas atau pengalaman dalam bidang berkenaan
              • bahasa yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar
              • gaya persembahan menarik 
              • graf, carta, jadual dan gambar


             Buku rujukan
              • sama seperti pemilihan buku fiksyen
              • isi dan skop bahan bacaan sesuai dan berkaitan dengan kemampuan kumpulan sasaran
              • maklumat yang diberikan mestilah tepat, kemas kini serta dapat menambah dan memperkayakan pengetahuan dan pengalaman membaca
              • bahasa yang digunakan hendaklah betul dan sesuai
              • kewibawaan pengarang, lembaga editor dan penerbit perlu bagi memastikan mutu bahan secara kesuluruhan.
              • ilustrasi seperti gambar, rajah, graf dan lain-lain lagi hendaklah menarik, terang, realistik dan sesuai.


             Bahan bukan cetak
              • Terdiri daripada perkakasan, perisian, bahan dua dimensi, bahan tiga dimensi dan bahan pelbagai media
              • contoh: alat tayangan, alat audio,alat pandang dengar, alat bukan tayangan



            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS